Skip to content

SELEPAS ISTIADAT KONVOKESYEN​

JADUAL PEMULANGAN JUBAH
                   Tarikh / Hari
                                 Masa
                               Tempat
         14/11/2024 (Khamis)
                    Selesai sidang iaitu bermula 1.00 petang
                    sehingga 2.00 petang
           Tapak Kanopi Dewan Jubli Perak
          15/11/2024 (Jumaat)
                    9.30 pagi – 12.00 tengahari
           Perpustakaan, Kampus Taman Gelora
*Graduan hendaklah mematuhi jadual waktu pemulangan set pakaian jubah yang sudah ditetapkan

INFO GRADUAN

  1. Set pakaian jubah BOLEH MULA DIPULANGKAN SELEPAS SELESAI SIDANG istiadat konvokesyen di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
  2. TARIKH DAN MASA AKHIR untuk pemulangan jubah adalah seperti jadual di atas.
  3. Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk memulangkan set pakaian jubah dengan mengemukakan BORANG KEBENARAN WAKIL UNTUK PULANG JUBAH (Lampiran 2) 
  4. TRANSKRIP AKAN DIBERI SETELAH GRADUAN MEMULANGKAN SET JUBAH KONVOKESYEN

CAJ LEWAT

  1. Sekiranya graduan gagal memulangkan set jubah konvokesyen sehingga ke tarikh dan masa yang telah ditetapkan, caj lewat akan dikenakan sebanyak RM 50.00 per hari (termasuk hari cuti). Caj kelewatan dikira bemula dari tarikh akhir pemulangan jubah. Transkrip graduan juga akan ditahan sehingga set jubah dipulangkan.
  2. SURAT PERINGATAN akan dikeluarkan selepas tempoh 30 hari dan caj kelewatan tetap akan dikira sehingga graduan membuat pemulangan set jubah.
  3. Pihak UCYP BERHAK mengambil sebarang tindakan yang dirasakan perlu sekiranya graduan masih lagi gagal memberikan maklumbalas dan memulangkan set jubah apabila tamat tempoh 30 hari dari tarikh surat peringatan dikeluarkan.

KADAR CAJ GANTI RUGI

        Jubah Mortarboard     Hood   Jumlah
   RM 400.00  RM 100.00   RM 200.00  RM 700.00
  1. Bayaran gantirugi akan dikenakan sekiranya set pakaian jubah ROSAK atau HILANG.
  2. Kadar caj gantirugi set jubah sekiranya hilang atau rosak adalah seperti jadual di atas.
  3. Graduan TIDAK DIBENARKAN meminda atau mengubah mana-mana bahagian jubah.Jika graduan berbuat demikian, bayaran penuh RM 700.00 akan dikenakan.
KEROSAKAN JUBAH KONVOKESYEN